MELAWATI KEBAB SDN. BHD. mula
bertapak dalam
perniagaan yang berasaskan pemakanan pada 27 September 2000 yang didaftarkan atas
nama MELAWATI KEBAB FOOD & SERVICES. Namun, atas usaha
gigih untuk meningkatkan mutu
perniagaan, pemiliknya mengambil langkah bijak dengan
memperbadan perniagaan ini kepada
sebuah syarikat iaitu MELAWATI KEBAB SDN. BHD. yang berkuat kuasa
bermula dari
28 Jun 2007 dan kekal
hingga ke
hari ini. MELAWATI KEBAB SDN. BHD adalah sebuah
syarikat yang memproses, membekal dan menjual kebab ayam,
daging, roti
pita, roti arab,
burger ayam, burger lembu, oblong ayam,
oblong lembu, oblong kambing, daging
lembu kisar dan
daging ayam
kisar yang bertempat di
No. 54-1F, Jalan 2/154D, Taman Desa Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
MELAWATI
KEBAB SDN. BHD merupakan syarikat hak milik
100% bumiputera yang mana Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada Encik Shafiee bin Salim dan
Puan Zawiyah binti
Basiran.Mereka turut
dibantu oleh
tenaga kerja
yang berpengalaman dan
berkaliber. Hal ini kerana sumber
tenaga daripada pekerja menjadi tonggak utama
kebertahanan sesuatu perniagaan.
MELAWATI
KEBAB SDN. BHD bergiat aktif
dalam industri pemakanan yang mana bukan
sahaja terlibat terus dalam
aktiviti pemprosesan ayam dan
daging bahkan
turut menjual dan
membekal produk
mereka kepada
orang ramai mahupun golongan peniaga.
sila layari laman web ini:
http://www.slideshare.net/AfidahIbrahim/proposal-projayaup-grade?qid=abc94046-41de-4981-b200-79fd0e0beb98&v=qf1&b=&from_search=2